Terma & Syarat

Dengan membuat pembelian, bermakna anda telah bersetuju bahawa:-

1. Anda telah mempastikan betul-betul kod / jenis / saiz / warna / kuantiti barang yang anda pilih sebelum membeli.

2. Warna produk mungkin mempunyai sedikit perbezaan dengan stok sebenar disebabkan oleh faktor pencahayaan ketika gambar diambil.

3. Barang yang sudah dibeli TIDAK BOLEH ditukar semula atas sebab kecuaian anda memilih kod  / jenis  / saiz / warna / kuantiti barang.

4. Anda akan melakukan pembayaran dalam masa 24 jam setelah mendapat pengesahan stok dan harga dari kami. Jika selepas 24 jam kami tidak menerima bayaran dari anda, maka tempahan anda akan terbatal dengan sendirinya tanpa sebarang notis.

5. Borang pembelian tidak menjamin pembelian anda. Ini kerana kami menjual berdasarkan siapa cepat bayar dia yang dapat.

6. Anda telah membuat pembayaran pada nilai yang betul. Ini kerana kami akan mengenakan cas RM1 bagi setiap urusan pengembalian baki wang ke bank selain dari CIMB.

7. Urusan pengembalian baki wang hanya melalui internet banking sahaja.  

8. Jika pada masa anda membayar dan barang yang anda beli habis stok kerana ada pembeli lain yang awal membuat pembayaran, maka kami akan memulangkan wang anda. Kami juga tidak akan mengenakan cas RM1.00 bagi setiap urusan pengembalian wang selain dari CIMB.

9. Penghantaran akan dibuat dalam jangkamasa 1 - 3 hari bekerja selepas bayaran diterima. 

10. Jangkaan penghantaran untuk ke Semenanjung adalah 2-3 hari bekerja manakala untuk ke Sabah dan Sarawak adalah 4-5 hari bekerja. Setelah nombor tracking diberi, anda hendaklah buat follow up dengan pihak courier service. Anda hendaklah memaklumkan kepada kami jika anda belum terima parcel selepas 7 hari bekerja.

11. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya barangan yang dihantar, terbukti barangan tersebut telah diserahkan di alamat anda.

12. Terma & Syarat  boleh berubah tanpa notis.

13. Anda telah membaca Terma & Syarat penuh sebelum anda membeli.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami melalui borang yang telah kami sediakan.